Selasa, 30 Jun 2015
Khamis, 25 Jun 2015
DOKUMENTARI "TOK SIAK" DI MASJIDIL HARAM
Dokumentari tentang Jabatan Pencucian Dan Pembersihan di Masjidil Haram, Mekah yang ditugaskan untuk memastikan kawasan di Masjidil Haram sentiasa bersih. Terdiri daripada 2700 pekerja dan 100 supervisor.
SUMBER : http://thevocket.com/tv/dokumentari-cleaner-di-masjidil-haram/
Rabu, 24 Jun 2015
Ahad, 21 Jun 2015
11 KELEBIHAN ISTIGHFAR YANG PATUT ANDA TAHU
Apabila dilihat makna di sebalik ungkapan ISTIGHFAR, “Aku memohon keampunan dari Allah swt.”; dapat dilihat bahawa ungkapan ini adalah suatu lafaz bertaubat dari dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh seorang hamba kepada Tuhannya. Jelas sekali bahawa lafaz yang sangat pendek ini amat besar nilainya di sisi Allah swt iaitu sama besarnya dengan taubat seperti dalam firmanNya:
Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. (Surah An-Nasr: 3)
Justeru pasti lafaz yang tinggi kepentingannya sehingga sering dianjurkan Allah swt di dalam kitabNya ini memiliki banyak rahsia dan kelebihannya. Berikut adalah antara kelebihan-kelebihan mengamalkan istighfar di dalam kehidupan seharian kita.
#1 – Diampunkan Dosa-Dosanya oleh Allah swt
Kita adalah seorang hamba yang tidak dapat lari dari melakukan kesalahan dan jauh sekali dari kesempurnaan. Kelemahan diri dalam melawan hawa nafsu menyebabkan kita sering jatuh tersungkur di lembah maksiat.
Namun janganlah pernah berputus asa dalam mengharapkan keampunan daripada Allah swt dan teruslah beristighfar. Kerana Allah swt telah berjanji seperti di dalam sabda baginda Rasulullah saw:
Allah telah berfirman, “Wahai hamba-hambaKu, setiap kalian pasti berdosa kecuali yang Aku jaga. Maka beristighfarlah kalian kepadaKu, nescaya kalian Aku ampuni. Dan barangsiapa yang meyakini bahawa Aku punya kemampuan untuk mengampuni dosa-dosanya, maka Aku akan mengampuninya dan Aku tidak peduli (beberapa banyak dosanya).”Riwayat Ibnu Majah, Tirmidzi
#2 – Dimakbulkan Permintaan & Hajat
Orang yang sentiasa ikhlas memohon keampunan daripada Allah swt pasti sentiasa dibersihkan dari dosa-dosanya. Apabila seseorang hamba itu bersih dari dosa maka munajatnya mudah diperkenankan oleh Allah swt kerana dekatnya dia di sisi Allah swt. Adalah tidak mustahil bagi Allah swt untuk memakbulkan segala permintaannya dengan sifat Allah Yang Maha Pemurah itu.
Imam Ahmad Ibnu Hambal mengisahkan kelebihan istighfar yang diamalkan oleh seorang pembuat roti. Sepanjang malam si pembuat roti akan membuat roti sambil beristighfar tanpa henti dan ini telah didengari oleh Imam Ahmad yang menumpang tidur di rumahnya.
Doa dimakbulkan jika yakin dan rajin beristighfar kepada Allah. [Azrin]
Lalu ditanyakan kepadanya apakah kelebihan yang diperolehinya melalui amalan istighfar yang bersungguh-sungguh itu. Dijawab si pembuat roti bahawa Allah swt telah mengkabulkan segala permintaannya selama ini setiap kali dia berdoa kecuali permintaannya untuk bertemu dengan Imam Ahmad Ibnu Hambal.
(Si pembuat roti tidak mengenali Imam Ahmad yang dipelawanya untuk menumpang tidur di rumahnya sendiri ketika itu). Imam Ahmad sangat terkejut bagaimana Allah swt telah merencanakan perjalanannya sehingga dia berteduh di rumah si pembuat roti. Ternyata juga ini semua untuk memperkenankan hajat si pembuat roti iaitu ingin bertemu dengannya.
Melalui kisah ini dapat dikongsikan bahawa antara kelebihan amalan istighfar ialah diperkenankan segala permintaan dan dimakbulkan hajat oleh Allah swt pada hamba-hambaNya yang sentiasa memohon keampunan dariNya.
#3 – Bertambah Kekuatan
“Tiada daya dan kudrat melainkan hanya dengan Allah swt,” itulah fitrah kejadian manusia. Segala kekuatan hanya milik Sang Pencipta. Betapa setiap ujian dan cabaran dalam hidup yang ada pasang surutnya membuatkan kita lelah.
Mahu tidak mahu segala keperitan itu perlu dihadapi juga. Tapi dari manakah segala kekuatan dapat diperolehi kembali setelah diri dirasakan telah lunyai diasak dugaan? Firman Allah swt yang bermaksud:
Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa! (Surah Hud: 52)
Dekatnya seorang hamba kepada Sang Pencipta, dekat lagi Sang Penciptanya kepada hamba itu. Dia tidak akan meninggalkan hamba-hambaNya yang begitu tekun mendekatiNya dengan sentiasa mengharapkan keampunanNya. Dan Tuhannya juga berjanji untuk menambah kekuatan hambaNya agar menang dalam menghadapi segala cabaran hidup di atas dunia ini.
#4 – Mudah Mendapat Zuriat
Para ulama’ menyarankan kepada setiap pasangan yang berhajat pada zuriat untuk memperbanyakkan amalan istighfar. Antara kisah yang boleh dikongsi di sini adalah dari Imam al Qurtubi yang diriwayatkan oleh Ibnu Shabih tentang seorang lelaki yang tidak mempunyai zuriat telah menemui Hasan al-Basri kerana hal ini.
Lelaki itu kemudiannya telah dinasihatkan oleh Hasan untuk mengamalkan istighfar. Setelah beberapa ketika mengamalkan istighfar, lelaki itu kembali kepada Hasan untuk memaklumkan kehamilan isterinya.
Memperoleh zuriat merupakan kebahagiaan paling bermakna dalam hidup. [Asknie]
Kelebihan istighfar dalam ikhtiar untuk mendapatkan zuriat juga telah dikongsi oleh Syeikh Aidh al Qarni di dalam ceramahnya. Syeikh Aidh al Qarni menceritakan bagaimana seorang wanita yang disahkan mandul oleh doktor dan pakar perubatan telah dikurniakan dengan anak setelah mengamalkan saranan seorang ulama’ untuk memperbanyakkan istighfar.
Menurut penceramah terkenal Ustazah Siti Nor Bahyah, Allah swt sentiasa mengasihi dan merahmati mereka yang beristighfar. Kasih sayang Allah swt kepada mereka memungkinkan pengurniaan cahaya mata dari Allah swt. Kerana itu beliau sangat menggesa agar pasangan yang inginkan cahaya mata untuk terus mengamalkan istighfar.
Nasihat yang sama kini turut diberikan oleh seorang penulis buku Ustaz Mohamad Abdul Kadir bin Sahak. Istighfar merupakan salah satu amalan yang disenaraikan oleh ustaz kepada soalan yang ditanyakan kepadanya tentang bagaimana untuk dikurniakan anak.
#5 – Menyembuhkan Penyakit
Seorang da’i yang hanya dikenali sebagai Ustaz Danu telah berkongsi tentang pengalamannya selama 15 tahun yang meneliti bahawa terdapatnya hubungkait suatu penyakit dengan kebiasaan maksiat dan dosa yang dilakukan oleh seorang pesakit.
Menerusi pemerhatian inilah dia akhirnya menyimpulkan bahawa istighfar merupakan salah satu jalan kepada kesembuhan penyakit. Semua yang menemuinya untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana untuk menghadapi ujian penyakit yang dialami akan diusulkan agar memperbanyakkan istighfar. Imam Qatadah pernah berkata:
“Al-Qur’an telah menunjukkan penyakit dan ubat kalian, adapun penyakit kalian adalah dosa, dan ubat kalian adalah istighfar.”Kitab Ihya’ Ulumuddin: 1/410
Rahsia amalan istighfar sebagai jalan penyembuhan juga telah saya alami sendiri. Sejak kecil lagi saya menghidapi suatu penyakit. Penyakit ini telah memberi kesukaran dan kesulitan kepada saya dalam menjalankan aktiviti harian.
Saya pernah berjumpa ramai doktor dan berikhtiar dengan ramai ustaz, namun ternyata Allah swt belum mengizinkan kesembuhan ke atas saya. Sehinggalah saya dinasihati oleh seseorang untuk memohon keampunan dari Allah swt.
Dengan izin Allah, dengan istighfar dapat menyembuhkan penyakit. [jibonbld]
Jangan minta apa-apa untuk dunia dan jangan minta apa-apa untuk akhirat; jangan minta apa-apa dari Allah swt melainkan keampunan sahaja, begitu sekali ditekankan kepada saya. Selama tiga hari saya hanya minta ampun tanpa memikirkan apa-apa selain itu, bahkan berdoa untuk kesembuhan kesakitan itu juga saya tidak.
Segala puji hanya bagi Allah swt, tanpa disangka penyakit yang dihadapi selama bertahun-tahun itu sembuh selepas hanya tiga hari. Sejak itu saya sangat yakin dengan amalan istighfar dan sesiapa sahaja akan saya nasihatkan agar perbanyakkan istighfar sebagai kunci mendapatkan kesembuhan.
#6 – Menyejukkan Hati Isteri yang Sedang Marah
Dikisahkan tentang seorang hamba Allah yang telah bertengkar dengan isterinya mulai saat dia tiba di rumah sehingga menjelang Subuh. Teruknya keadaan mereka suami isteri bertengkar sehingga si isteri membuat keputusan untuk keluar dari rumah dan pulang kepada orang tuanya.
Kecewa kerana gagal memujuk si isteri, hamba Allah ini telah pergi ke masjid dalam keadaan marah dan beremosi ketika isterinya sibuk mengemas pakaian. Selepas solat Subuh berjemaah, hamba Allah ini memilih untuk beristighfar selama sejam bagi menenangkan dirinya dari terus pulang ke rumah.
Utamakan keluarga dan tenteramkanlah hati kerana Allah swt. [ashrafali]
Usai beristighfar dia kembali ke rumah namun alangkah terkejutnya dia apabila melihat si isteri sedang menanti dengan wajah yang manis dan ceria. Lebih menghairankan apabila si isteri juga meminta maaf atas keterlanjuran dan pertelingkahan yang berlaku sepanjang malam itu.
Hamba Allah ini lalu bertanya si isteri apa yang berlaku sehingga si isteri boleh berubah. Si isteri menjawab bahawa dia juga tidak tahu namun sejak sejam yang lalu hatinya tiba-tiba merasa tenang dan jiwanya jadi tenteram. Si isteri juga jadi sedar pada kesilapannya. Hamba Allah ini lantas teringat bahawa pada sejam itulah dia sedang khusyuk beristighfar. Hamba Allah ini sangat bersyukur atas bantuan Allah swt dalam mendamaikan hati mereka berdua.
Mungkin ada kesilapan, dosa dan maksiat yang kita lakukan secara sedar atau tidak kepada Allah swt sehingga kita diuji dengan pasangan dan keluarga kita. Anak-anak jadi degil dan liar, entah ke mana perginya. Kembalilah kepada Allah swt atas teguran ini, berhentilah dengan dosa dan banyakkan memohon ampun. InsyaAllah akan dikembalikan keamanan di dalam keluarga kita.
#7 – Dijauhkan dari Azab & Bala
Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun). (Surah Al-Anfal: 33)
Mintalah ampun pada setiap masa kerana sungguh kita tidak tahu ketika bila Allah swt mengurniakan keampunan kepada kita. Jangan berhenti mengharapkan keampunan Allah swt kerana kita tidak tahu lafaz yang mana diangkat Allah swt sebagai asbab menyelamatkan kita dan keluarga kita dari azab dan bala di dunia dan di akhirat.
Seorang pemotong daging telah ditanya oleh seorang ulama’ tentang amalan apakah yang sering dilakukannya sehingga kubur ayahnya begitu lapang dan bercahaya. Amalan apakah yang menyebabkan ayahnya tidak diazab di alam barzakh sedangkan penghuni kubur yang lain berada dalam dukacita.
Ternyata jawab si pemotong daging bahawa dia tidak pernah berhenti memohon keampunan Allah swt untuk ayahnya dan amalan inilah yang menyelamatkan ayahnya di sana.
#8 – Ditambah Nikmat & Kekayaan
Dr Azizan Osman, seorang jutawan yang tidak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman amat menegaskan amalan istighfar kepada para pelajarnya selain amalan sedekah.
Selayaknya Allah swt memberikan ganjaran kepada hambaNya yang soleh. [Erik]
Seorang peniaga minyak wangi yang berjaya pula pernah menasihati saya untuk mengamalkan sekurang-kurangnya 70 kali istighfar sebelum memulakan sesi perniagaan.
Nasihat ini ada benarnya dan terbukti kerana antara janji Allah swt ganjaran buat mereka yang memohon keampunan kepadaNya adalah kekayaan dalam bentuk harta, rezeki dan anak-anak. Firman Allah swt:
“Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Surah Nuh: 10)
“(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; (Surah Nuh: 11)
“Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya). (Surah Nuh: 12)
Selain itu, Allah swt juga berjanji bahawa mereka yang beristighfar akan diberi nikmat yang tidak putus-putus seperti di dalam firmanNya:
Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya). (Surah Hud: 3)
#9 – Memberatkan Timbangan Akhirat & Diangkat Ke Syurga
Kesayangan Rasulullah saw, Saidatina Aisyah ra pernah berkata:
“Beruntunglah orang-orang yang menemukan istighfar yang banyak pada setiap lembar catatan harian amal mereka.”Riwayat Bukhari
Mengapa beruntung? Keampunan Allah swt akan memadam segala rekod jahat di dalam catatan amal seorang hamba. Malah kejahatan akan diganti dengan kebajikan seperti firman Allah:
Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al-Furqan: 70)
Maka pahala akan bertambah dan dosa akan berkurang. Ini akan memberatkan timbangan di akhirat kelak. Selain pahala dan kebajikan yang banyak, Allah swt juga menjanjikan syurga kepada mereka yang memohon keampunanNya seperti firman Allah:
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (Surah Ali-Imran: 135)
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. (Surah Ali-Imran: 136)
#10 – Penyelesaian Setiap Permasalahan, Jalan Keluar dari Kesusahan & Kesedihan
Perkongsian ini dari seorang ulama’, Ibnu Taimiyyah Rahimahullah. Menurut pengalaman beliau:
“Sungguh, kadang-kadang terlintas di hatiku suatu persoalan yang sulit untuk aku fahami, maka aku beristighfar kepada Allah, sehingga dadaku menjadi lapang dan persoalan itu terpecahkan. Terkadang aku berada di pasar, masjid atau sekolah, hal itu tidak menghalangiku untuk mengucapkan istighfar, hingga aku memperoleh yang aku inginkan.”
Keyakinan para ulama’ dalam melazimi istighfar telah memberi manfaat kepada mereka untuk memahami dan mendalami persoalan ilmu sehingga menjadi pakar dalam bidang mereka. Istighfar juga memudahkan segala urusan dan menyelesaikan masalah sehingga mereka dapat mengatur masa dalam kesibukan mereka belajar, mengajar, bekerja dan menulis kitab. Dari Ibni Abbas ra, baginda Rasulullah saw juga bersabda:
“Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad
#11 – Menggembirakan Allah & Dicintai Allah
Pasti matlamat utama istighfar adalah untuk mendapatkan redha daripada Allah swt. Mudahan redha Allah swt membuatkan kita beroleh ehsan dariNya ketika hari Kiamat tiba dan ketika kita dalam perhitungan antara Neraka dan Syurga. Redha Allah swt akan diperolehi apabila kita menggembirakan Allah swt dan istighfar adalah jalannya. Rasulullah saw bersabda:
“Sungguh Allah lebih gembira dengan taubat hambaNya daripada kegembiraan salah seorang dari kalian yang menemukan untanya yang hilang di padang pasir.”Riwayat Bukhari dan Muslim
Rasulullah saw juga bersabda:
“Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah. Orang yang bertaubat atas dosanya bagaikan orang yang tidak berdosa.”Riwayat Ibnu Majah
Kekasih adalah orang yang dicintai. Kekasih adalah orang yang sentiasa dirindui dalam ingatan. Seorang yang bercinta akan sanggup melakukan apa sahaja agar yang dicinta selamat dan gembira sentiasa.
Kemanisan apakah yang lebih hebat dari kemanisan bercinta? Kekasih manakah yang lebih hebat dalam bercinta jika bukan Allah swt? Maka beruntunglah orang yang dicintai Allah swt. FirmanNya:
Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. (Surah Al-Baqarah: 222)
Rumusan
Dengan begitu banyak kemanisan, ganjaran dan kelebihan istighfar, maka rugilah jika kita tidak mengejar segala kebaikan ini untuk pelaburan dunia dan keuntungan akhirat. Berhentilah berdolak-dalih dengan pelbagai alasan untuk kembali kepada Tuhan sedangkan istighfar boleh dilakukan di mana sahaja dengan lafaz yang paling mudah. Lazimi istighfar ketika senang, mudahan istighfar menjadi asbab bantuan ketika susah.
SUMBER : http://tazkirah.net/11-kelebihan-istighfar-yang-patut-anda-tahu/
Jumaat, 19 Jun 2015
BORANG PENYERTAAN
Assalamualaikum W.B.T,
Para dermawan yang budiman, sila right click dan save as 2 gambar di atas untuk memuat turun borang penyertaan JOM INFAQ SEDEKAH.
SPESIFIKASI JAM SOLAT
Spesifikasi produk JAM SOLAT yang akan di agihkan ke masjid/surau yang memerlukan. Harga cuma RM 1,200.00... Sila hubungi 0106034466 untuk menyumbang, semoga ianya menjadi saham akhirat kita nanti..Insya Allah.
Spesifikasi :
• Saiz 22" x 16" ( Panel Arcylic ) 27" x 21" ( Bingkai )
• Berat 6.0 kg
• Kaligrafi Surah An-Nisa. ayat 103
• Paparan LED 1.5" ( Merah ) - Tarikh, Tahun & Jam LED 1.0" ( Hijau ) - 5 Waktu Solat & Syuruk
• Sumber Kuasa 240VAC / 5VDC 3A
• Bateri Sokongan 3VDC ( Lithium CR2032 )
• Penggera Bunyi 'BIP', Zikir, Bacaan Al-Quran, Azan Mekah & Doa Selepas Azan
• Aksesori Manual Pengguna & Kabel USB
• Saiz 22" x 16" ( Panel Arcylic ) 27" x 21" ( Bingkai )
• Berat 6.0 kg
• Kaligrafi Surah An-Nisa. ayat 103
• Paparan LED 1.5" ( Merah ) - Tarikh, Tahun & Jam LED 1.0" ( Hijau ) - 5 Waktu Solat & Syuruk
• Sumber Kuasa 240VAC / 5VDC 3A
• Bateri Sokongan 3VDC ( Lithium CR2032 )
• Penggera Bunyi 'BIP', Zikir, Bacaan Al-Quran, Azan Mekah & Doa Selepas Azan
• Aksesori Manual Pengguna & Kabel USB
Khamis, 18 Jun 2015
LIKE & SHARE PAGE JOM INFAQ SEDEKAH
Assalamualaikum W.B.T... kepada tuan/puan yang budiman, mohon jasa baik tuan/puan untuk menghebahkan kewujudan page ini kepada khalayak umum...
Semoga dengan asbab LIKE & SHARE yang di terima, maka banyaklah sumbangan infaq untuk kemudahan rumah-rumah Allah di seluruh pedalaman Malaysia menerima manfaatnya.
Kami doakan tuan/puan di rahmati Allah dan semoga amalan kita di terima oleh Allah S.W.T. Insya Allah .
www.facebook.com/jominfaqsedekah
RAHSIA DAN FADILAT BERSEDEKAH
Kehidupan
manusia sangat sinonim dgn berkehendak kepada harta dan pangkat. Ia satu fitrah
bagi manusia kerana harta dijadikan simbol kesenangan. Kegilaan manusia untuk
cepat kaya dan mengejar harta menjadi-jadi sampai ada sanggup menipu demi duit.
Benarlah firman Allah:
“Dan sesungguhnya dia (manusia) sangat berlebihan dalam kecintaannya kepada harta.”(QS. Al ‘Adiyat: 8)
“Dan sesungguhnya dia (manusia) sangat berlebihan dalam kecintaannya kepada harta.”(QS. Al ‘Adiyat: 8)
Disebabkan kecintaan manusia yg melampau menyebabkan lahirnya
sifat bakhil didalam hati mereka, lebih parah bila ianya muncul didalam hati
seorang muslim sifat bakhil dan kedekut ini sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’ala
telah menyatakan bahwa berinfaq merupakan salah satu sifat orang-orang yang
bertaqwa sebagaimana firman Allah menerangkan ciri-ciri muslim:
“(iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan
shalat, dan menginfaqkan sebagian rizki yang Kami berikan kepada mereka.” (QS. Al Baqarah: 3)
Allah
meletakkan ‘infaq’ atau ‘sedekah’ adalah ciri-ciri seorang muslim. Umat Islam
dianjurkan bersedekah dan Allah membenci sifat kedekut.
Didalam
satu hadis Nabi SAW bersabda:
“Tidaklah ada satu hari pun yang dilalui oleh setiap hamba pada
pagi harinya, kecuali ada dua malaikat yang turun, berkata salah satu dari
keduanya: Ya Allah berilah orang yang suka menginfaqkan hartanya berupa ganti
(dari harta yang diinfaqkan tersebut), dan berkata (malaikat) yang lain: Ya
Allah, berilah orang yang kedekut kebinasaan (hartanya).”(HR.Bukhari
dan Muslim)
Allah
Azzawajal telah berjanji akan menggantikan harta orang yang berinfaq dengan gantian
yang lebih baik, sebagaimana dalam firman Allah:
Demikian pula yang difirmankan-Nya dalam hadits qudsi:
“Berinfaqlah wahai anak Adam, niscaya engkau akan diberi
balasan/gantinya.” (HR.Bukhari dan
Muslim)
Sebagai
muslim yg benar-benar beriman dan ikhlas wajib yakin dan membenarkan firman
Allah. Sekaligus membenarkan dengan melaksanakan sedekah dan berinfaq ke jalan
Allah. Sedekah bukan sahaja mendapat ganjaran balas, malah ia merupakan amalan
yg tidak putus-putus walaupun kita mati.
Cuba
bayangkan, kita bersedekah untuk pembinaan Masjid atau sekolah yg mana org
beribadah dan menuntut ilmu padanya, nescaya setiap kali org melangkah masuk
masjid atau sekolah untuk beribadah dan menuntut ilmu, kita mendapat pahala
tanpa henti atas amalan sedekah kita. Nabi SAW bersabda:
Barangsiapa yg membina kerana Allah sebuah masjid, Allah membina
baginya mahligai di Syurga. (HR.
Muslim)
Moga
hasil sedekah kita, dapat kita menumpang mahligai di syurga yg dijanjikan Allah
Azzawajal.
Sangat
besar ganjaran sedekah, kita sedekah didunia, kita untung diakhirat, seperti
bermain saham. Kita labur dan terima habuan yg tak henti-henti. Namun saham
akhirat tidak ada rugi, hanya untung yg tak henti hingga khiamat.
Allah
-Subhanahu wa Ta’ala- berfirman:
“Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah
tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebagian atau semua utang)
itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.”. (QS. Al-Baqarah: 280)
Elemen
yg terpenting dalam bersedekah adalah niat yg ikhlas kerana Allah Subhanahu wa
Ta’ala berfirman:
“Dan permisalan orang-orang yang menginfaqkan hartanya karena
mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun
yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu
menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka
hujan gerimis (pun memadai) …” (QS.
Al Baqarah: 265)
Di antara Keutamaan Sedekah:
1.Mendapatkan Pahala yang Berlipat Ganda
Dengan
sedekah tersebut Allah -Subhanahu wa Ta’ala- memuliakan kaum muslimin,
menyucikan harta mereka, serta memberikan ganjaran bagi mereka dengan ganjaran
yang berlipat ganda dan menuliskannya disisi-Nya sebagai kebaikan yang
sempurna.
Allah
-Subhanahu wa Ta’ala- berfirman:
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang
baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan
pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan
melapangkan (rezki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.”. (QS.
Al-Baqarah: 245)
2. Tanda Ketaqwaan
Sedekah adalah tanda dan ciri ketaqwaan seorang muslim.
Allah -Ta’ala- berfirman:
Allah -Ta’ala- berfirman:
“Kitab (Al Quran) Ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi
mereka yang bertaqwa,. (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang
mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezki yang kami anugerahkan
kepada mereka“. (QS.
Al Baqarah : 2-3)
3. Sedekah Bekal Menuju Akhirat
Akan
tiba masa yang tidak ada lagi jual beli, dan tidak bermanfaat persahabatan
(hari kiamat). Oleh karena itu, sebelum tiba masa itu hendaknya seseorang
mempersiapkan bekalan yang boleh membantunya iaitu dengan banyak-banyak bersedekah.
Allah Ta’ala berfirman :
“Hai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah)
sebagian dari rezki yang Telah kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang
pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi syafa’at. dan orang-orang
kafir Itulah orang-orang yang zalim“.(QS. Al Baqarah : 254)
Al-Allamah
Abdur Rahman bin Nashir As-Sa’diy -rahimahullah- berkata, “Ini merupakan
kelembutan Allah terhadap para hamba-Nya, karena Allah memerintahkan mereka
untuk mempersembahkan sesuatu yang Allah berikan kepada mereka, berupa sedekah
wajib (zakat), dan sedekah mustahab (sunnah) agar hal itu menjadi tabungan, dan
pahala yang banyak bagi mereka pada hari orang-orang yang beramal memerlukan
kepada setitik kebaikan yg mana tiada lagi perniagaan di hari itu.
Andai seorang menebus dirinya dengan emas sepenuh bumi dari
siksaan pada hari kiamat, maka tak akan diterima darinya; tak akan bermanfaat
baginya seorang kekasih, dan sahabat, baik itu kerana kedudukannya atau
syafa’atnya. Itulah hari yang sgt rugi bagi para pelaku kejahatan di dalamnya,
dan akan terjadi kehinaan bagi orang-orang yang zalim”. [Lihat Taisir Al-Karim
Ar-Rahman (hal. 110)]
4. Sedekah Adalah Perisai Dari Neraka
4. Sedekah Adalah Perisai Dari Neraka
Rasulullah
shallallahu alaihi wa sallam bersabda,
“Hendaknya salah seorang diantara kalian melindungi wajahnya
dari neraka, sekalipun dengan sebelah biji korma(bermakna bersedekah)”. [HR.
Ahmad. Hadits ini di-shahih-kan oleh Al-Albaniy dalam Shahih At-Targhib (864)]
5. Shadaqah Penghapus Kesalahan
Setiap
anak cucu adam tidak lepas dari kesalahan, namun Allah yang Maha pemurah telah
memberikan suatu sebab yang dengannya boleh menghapuskan kesalahan-kesalahan
dari anak cucu adam dan sebab tersebut adalah dengan bersedekah.
Rasulullah S.A.W bersabda :
“Sedekah itu memadamkan (menghapuskan) kesalahan sebagaimana air
memadamkan api”[HR. Ahmad dalam Al-Musnad
(3/321), dan Abu Ya’laa. Lihat Shohih At-Targhib (1/519)]
6. Sedekah Pelindung Di Padang Mahsyar
Ketika
manusia menanti keputusan di padang mahsyar dan sibuk dengan urusan
masing-masing. Manusia pada saat itu tidak peduli lagi dengan orang-orang yang
ada di sekitar mereka. Matahari didekatkan dengan jarak satu mil, pada saat
itulah seseorang sangat memerlukan pahala sedekah yang dapat menaungi mereka.
Rasulullah
S.A.W:
“Setiap orang berada dalam naungan sedekahnya hingga diputuskan
perkara di antara manusia“. [HR.
Ahmad, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan Al-Hakim. Hadits ini shahih sebagaimana
yang dinyatakan oleh Syaikh Al-Albaniy dalam Shahih At-Targhib wa At-Tarhib
(872)]
7. Sedekah Pemadam Panas Di Alam Kubur
Tentunya
seorang mukmin apabila dia mati maka dia mendambakan kuburnya adalah termasuk
taman di antara taman-taman syurga dan jauh dari panasnya api neraka.
Rasulullah yang sangat sayang kepada umatnya telah memberikan tuntunan yang
dapat menyelamatkan umatnya dari panasnya api neraka iaitu dengan bersedekah.
Beliau bersabda :
“Sesungguhnya sedekah akan memadamkan panasnya kubur bagi
pemilik sedekah”. [HR.
Ath-Thobroniy dalam Al-Kabir, dan Al-Baihaqiy. Syaikh Al-Albaniy meng-hasan-kan
hadits ini dalam Ash-Shahihah (3484)]
8. Sedekah Adalah Sebab Malaikat Mendoakan Seseorang
Sungguh
suatu kemuliaan tersendiri bila seseorang dido’akan oleh makhluk yang dekat
dengan Allah yaitu para malaikat, tentu do’a tersebut adalah do’a yang
mustajab. Maka dengan bersedekahlah dapat menjadi sebab seseorang dido’akan
oleh para malaikat.
Rasululullah S.A.W bersabda :
“Tak ada suatu hari pun seorang hamba berada di dalamnya,
kecuali ada dua orang malaikat akan turun; seorang diantaranya berdo’a, “Ya
Allah berikanlah ganti bagi orang yang berinfaq”. Yang lainnya berdo’a, “Ya
Allah, berikanlah kehancuran bagi orang yg enggan berinfaq”.”. [HR.
Bukhari dan Muslim ]
9. Tujuh Golongan yang Dinaungi
Padang Mahsyar merupakan tempat pengadilan. Allah akan mengadili
dan memutuskan segala urusan dan perkara setiap hamba-hamba-Nya, baik itu
berkaitan dengan hak Rabb-nya, orang lain, ataupun dirinya sendiri. Hari itu
merupakan hari yang amat mengerikan dan menakutkan sehingga semua makhluk
tunduk dan pasrah kepada Sang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana, Allah Rabb alam
semesta.
“Pada hari, ketika ruh dan para malaikat berdiri bershaf-shaf,
mereka tidak berkata-kata kecuali siapa yang telah diberi izin kepadanya oleh
Tuhan Yang Maha Pemurah; dan ia mengucapkan kata yang benar”.(QS.An-Naba’:
38)
“Dan (pada hari itu) kamu lihat tiap-tiap umat berlutut.
Tiap-tiap umat dipanggil untuk (melihat) buku catatan amalnya. Pada hari itu
kamu diberi balasan terhadap apa yang telah kamu kerjakan”. (QS. Al-Jatsiyah:
28)
Belum
lagi matahari didekatkan dengan sedekat-dekatnya. Nabi -Shollallahu ‘alaihi
wasallam- bersabda, Ketika itulah para hamba menunggu dan mengharapkan
perlindungan dan naungan dari Rabb-nya. Diantara golongan yang mendapatkan
naungan saat itu, orang yang ikhlas bersedekah.
Nabi S.A.W bersabda:
“Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari kiamat
yang mana tidak ada naungan selain naungan Allah….seseorang yang bersedekah
dengan suatu sedekah yang ia rahsiakan sehingga tangan kirinya tidak mengetahui
apa-apa yang telah disedekahkan oleh tangan kanannya”. [HR.
Bukhari dalam Sahih-nya (629), Muslim dalam Sahih-nya (1032)]
Sungguh
agung dan besar keutamaan bersedekah, akan tetapi suatu amalan tidak akan
menjadi agung, tanpa disertai dengan niat yang ikhlas dan sesuai dengan
tuntunan Rasulullah SAW.
SUMBER : http://myibrah.com/rahsia-dan-fadhilat-bersedekah
Langgan:
Catatan (Atom)